COVID-19: Kedah bukan lagi negeri hijau setelah catat 5 kes baru


KUALA LUMPUR, 28 Julai 一 Kedah bukan lagi negeri hijau setelah mencatatkan lima kes baru COVID-19 hari ini.

Infografik Kementerian Kesihatan menunjukkan kes baru berlaku di Kubang Pasu yang berkaitan dengan kluster PUI Sivagangga. Kedah pertama kali diisytiharkan sebagai negeri hijau pada 30 April.

Negeri hijau lain yang tidak mempunyai kes aktif ialah Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Melaka.

Sementara itu, Sarawak mencatatkan jumlah kes aktif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 53 di Kuching, empat di Samarahan dan satu di Lundu.

Zon merah adalah kawasan dengan lebih daripada 40 kes.

Setakat ini, 8,943 kes COVID-19 telah direkodkan di negara ini dengan 124 kematian.

Sebanyak 8,600 orang telah pulih sementara 212 masih dirawat.